Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pelajaran mengumumkan bahawa mungkin boleh membawa telefon bimbit ke sekolah mulai tahun hadapan. Pengumuman ini telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada masyarakat umum. Pada pandangan anda, adakah wajar untuk pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah? Namun demikian, penggunaan telefon bimbit secara tidak berdisiplin dan tanpa kawalan boleh memudaratkan pelajar apabila pelajar hilang fokus terhadap pelajaran. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar cenderung utk memeriksa telefom bimbit mereka dari masa ke masa utk memastikan tiada pesanan ringkas yang belum dibalas. Pelajar juga akan leka berbalas pesanan ringkas apabila guru mengajar, mengakibatkan tumpuan mereka teralih. Lebih kronik lagi, telefon bimbit yg tdk dipadamkan berkemungkinan besar berdering semasa pengajaran dan pembelajaran di dlm kelas, mengganggu guru yang mengajar dan pelajar lain. Oleh itu, telefon bimbit bukan shj menyebabkan pelajar yang menyalahgunakannya ketinggalan dlm pelajaran, malah menjadi kekangan kpd proses pengajaran dan pembelajaran. Pendek kata, pelajar tidak wajar dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah kerana alat ini mampu mengalih konsentrasi pelajar drpd belajar.
D mengalih konsentrasi pelajar drpd belajar wun weird meh?
No comments:
Post a Comment